Saturday, January 9, 2010

Perbezaan Mati Pucuk Dan Mandul


Mati pucuk dan mandul adalah dua perkara berbeza. Mati pucuk adalah istilah yang sering digunakan untuk keadaan di mana seseorang lelaki tidak mempunyai ereksi yang cukup keras untuk penetrasi. Ia dikenali sebagai erectile dysfunction atau ED.

Mati pucuk boleh melanda semua peringkat umur bermula dari umur selepas baligh. Punca utama mati pucuk di Malaysia adalah disebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pada golongan umur muda pula, sebab utama mati pucuk ini adalah masalah psikologi atau performance anxiety. Ada juga segolongan muda yang mendapat mati pucuk akibat dari pengambilan dadah. Seseorang lelaki akan tahu dia mengalami mati pucuk apabila melakukan hubungan seksual.

Mandul pula adalah istilah yang digunakan untuk keadaan di mana seseorang lelaki tidak dapat menghasilkan zuriat. Ia dikenali sebagai infertiliti. Secara umumnya, ia dapat dibahagikan kepada dua iaitu primary infertility dan secondary infertility.

Primary infertility adalah keadaan di mana seseorang lelaki tidak mendapat zuriat langsung sepanjang berumahtangga. Secondary infertility pula adalah keadaan di mana seseorang lelaki itu mendapat zuriat untuk kali pertama, tetapi selepas itu tidak lagi dikurniakan zuriat walaupun mencuba.

Golongan lelaki kerap mengalami masalah primary infertility. Punca utama primary infertility adalah berhubung rapat dengan keadaan sperma seseorang lelaki. Oleh itu, salah satu langkah untuk diagnosis masalah kemandulan adalah dengan pemeriksaan air mani.

Dengan pemeriksaan air mani, status sperma seseorang lelaki dapat diketahui. Ada lelaki yang mempunyai masalah oligospermia di mana bilangan sperma tidak cukup atau banyak yang cacat. Ada sesetengah lelaki mempunyai masalah azoospermia. Ini adalah keadaan di mana tidak ada sperma langsung dalam air mani. Keadaan ini boleh berpunca dari penyumbatan saluran air mani atau kegagalan buah zakar menghasilkan air mani.

Ada satu lagi istilah yang sering menimbulkan kekeliruan iaitu ejakulasi pra matang. Ejakulasi pramatang atau premature ejaculation adalah keadaan di mana seseorang lelaki mengalami pancutan air mani atau klimaks yang awal daripada yang diinginkan.Dalam keadaan ini, seseorang lelaki tidak ada masalah dari segi ketegangan zakar tetapi mempunyai masalah mengawal pancutan air mani.

Tidak ada kaitan antara proses di mana terjadinya pembuangan air besar dan kecil bersama kemandulan. Malah ia adalah proses yang sering berlaku. Ini kerana ketika membuang air besar, otot-otot pada bahagian pelvik akan mengalami proses relaksasi.

Ketika ini juga, kedua-dua injap yang mengawal pundi kencing dan rektum juga akan mengalami relaksasi. Dengan itu, kadangkala, seseorang akan kencing serentak dengan membuang air besar