Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Hawwa Isteri Yang Sabar

Hawwa binti Yazid adalah wanita yang awal memeluk Islam. Dia anak saudara Saad bin Muaz. Dia berkahwin dengan Qais bin al-Khatim al-Aus. Mereka mendapat dua orang anak lelaki iaitu Yazid dan Sabit.

Hawwa adalah seorang wanita yang tabah dan sabar. Suaminya seorang penyair yang sangat terkenal. Semasa Hawwa memeluk agama Islam, suaminya masih menganut agama nenek moyangnya. Berita keislaman Hawwa sampai ke pengetahuan suaminya.

"Saya tidak suka awak menganut agama Islam. Berani awak mempermainkan agama nenek moyang kita," kata suaminya.

Hawwa dengan tegas berkata: "Saya sudah bertekad dengan agama Islam. Allah adalah tuhan saya. Allah Yang Maha Esa. Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah".

"Berani awak melawan cakap saya," kata Qais dengan nada tinggi lalu menampar muka isterinya.

"Biar apa pun yang awak lakukan terhadap saya, saya tidak takut dan gentar," jelas isterinya yang kesakitan menahan tamparan di pipinya.

Sejak Hawwa memeluk agama Islam, suaminya sering menyiksa dan menyakitinya. Anak-anaknya juga masuk Islam. Yazid dan Sabit merupakan sahabat Nabi Muhammad. Yazid pernah menyertai Perang Uhud.

Berita penyiksaan Hawwa oleh suaminya telah sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad.

"Wahai Nabi Muhammad, saya dengar Qais bin al-Khatim menyiksa isterinya, Hawwa yang sudah memeluk agama Islam. Dia kini tinggal di Madinah," kata seorang lelaki kepada Nabi Muhammad.

Pada ketika itu Nabi Muhammad masih berada di Mekah. Nabi Muhammad belum berhijrah ke Madinah. Sejak Islam bertapak di Madinah, ramai penduduk yang tertarik dan masuk Islam.

Mendengar berita penyiksaan Hawwa, Nabi Muhammad berasa simpati lalu berkata: "Saya akan bantu dan menyelamatkan Hawwa dari terus diseksa oleh suaminya".

Pada suatu hari, Qais berjumpa dengan Nabi Muhammad di sebuah pasar iaitu Dzi al-Majaz yang terdapat di Mekah. Pasar itu merupakan pasar orang Arab yang sangat terkenal pada zaman jahiliah.

"Apa khabar Qais," tanya Nabi Muhammad.

"Saya sihat sejahtera," jawab Qais.

Lalu Nabi Muhammad berkata lagi: "Wahai Qais, saya menyeru awak supaya ikut jejak langkah isteri awak memeluk agama Islam".

"Maafkan saya. Pelawaan tuan itu bagus tetapi saya tidak berniat menukar agama. Saya tidak berminat untuk memeluk agama Islam. Tambahan pula pada masa sekarang ini saya sibuk dengan perang," kata Qais.

Pada masa itu telah berlaku perang saudara antara kabilah Aus dan Khazraj. Perang tersebut hampir memusnahkan kedua-dua belah pihak. Akhirnya perang tersebut tamat di Bu'ats yang terletak berhampiran dengan kota Madinah.

Berkali-kali Nabi Muhammad mengajak Qais memeluk Islam. Qais tetap dengan pendiriannya dengan menolak ajakan Nabi Muhammad.

Sebentar kemudian, Nabi Muhammad berkata pula, "Wahai Qais, saya telah menerima khabar bahawa awak sering menyiksa dan menyakiti isteri awak. Sejak isteri awak masuk Islam, awak layan dia dengan kejam. Kasihanilah kepada isteri awak. Takutlah kepada Allah. Jaga isteri awak baik-baik. Jangan awak sakitinya lagi. Saya berharap awak dapat berbuat baik terhadapnya".

Qais tersentuh hatinya apabila mendengar kata-kata Nabi Muhammad. Kemudian dia berkata, "Baik, sebagai menghormati awak saya berjanji tidak akan menyeksa dan menyakiti isteri saya lagi".

Qais pulang ke Madinah dan berjumpa dengan isterinya. Lalu dia berkata: "Semasa saya berada di Mekah saya telah berjumpa dengan Nabi Muhammad. Saya telah berjanji tidak akan menyeksa dan menyakiti awak lagi".

Hawwa gembira lalu bertanya: "Benarkah?"

"Ya. Mulai pada hari ini saya tidak akan mengganggu urusan awak," jelas Qais lagi.

"Terima kasih Muhammad kerana membantu saya menyedarkan suami saya akan perbuatan kejamnya terhadap saya. Terima kasih ya Allah kerana telah membuka hati suami saya. Selepas ini saya akan lebih tenang melakukan ibadah kepada-Mu," bisik Hawwa sendirian.

Hawwa gembira kerana dapat melakukan amal ibadah dengan tenang tanpa sebarang gangguan dari suaminya.

Tuesday, August 11, 2009

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung


Assalamualaikum semua.. Hari ini reisya ingin berkongsi tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung. Sebenarnya yang tak bertudung pun boleh, apa salahnya. Ilmu kan untuk dikongsi, bukan untuk disimpan.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, penting ke penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Bagi reisya ia amat penting tak kiralah bagi wanita atau pun lelaki. Ini kerana rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita. Jadi ia bermakna jika kita menghargai anugerah tersebut, itu bermakna kita mensyukuri nikmatNya.



Dibawah ini ada beberapa tips penjagaan rambut:


Tips 1:
Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.

Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!

Tips 4:
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Tips 6:
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali:D

Tips 8:
Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

Tips 9:

Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda.

Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.

Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat atau sebagainya.
Jalan penyelesaiannya ialah;
Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.

Tips 12:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.

Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi.

Tips 13:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!

Tips 14:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.


Sekian sahaja buat kali ini, diharapkan apa yang reisya paparkan ini, serba sedkit dapat membantu anda semua..

Wednesday, August 5, 2009

Lebih Cantik Berbedak Asas

Berbedak adalah perkara wajib bagi setiap wanita. Namun tidak ramai yang menyedari kepentingan bedak asas (foundation). Ia adalah lapisan penting bagi menyatukan solekan dgn wajah. Tanpa bedak asas, segala noda & cela pada wajah akan tertera & solekan akan nampak tak sempurna. Ia juga berupaya melindungi kulit dpd sinar ultra lembayung, angin kering, pencemaran & bahan kimia.


--Jenis Bedak Asas--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Cecair - paling mudah digunakan serta sesuai utk kebanyakan kulit muka.

2. Krim - lebih pekat & berupaya menutup sebarang cela serta noda. Kulit tampak lebih bersih & gebu.

3. Pelembap berwarna - biasanya berwarna coklat cair. Ia berupaya mengimbangkan kelembapan kulit serta menutup noda.

4. Padat lembap - ia mudah disapu & boleh dipakai tanpa bedak. Sesuai utk yg berkulit kering.

5. Padat kering - ia juga boleh dipakai tanpa bedak. Sesuai utk kulit berminyak.

--Memilih Warna--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tujuan memakai bedak asas adalah utk menyamar noda agar kulit tampak lebih sempurna & solekan kekal. Oleh itu, pilih bedak asas yg sewarna kulit agar tidak nampak spt bertopeng ataupun mcm opera Cina.

Ketika membeli bedak asas, calit sikit pada belakang tangan. Kemudian cuba lihat kesan sapuan di bawah cahaya matahari bagi memastikan ia serasi & sesuai dgn warna kulit kita.

Jangan beli bedak asas yg lebih cerah dpd warna kulit kerana ini akan menghasilkan wajah spt bertopeng.

Sekiranya warna kulit muka & leher tak sama (mungkin muka lebih cerah), sapu bedak asas yg berbeza.

Bedak asas berpigmen kekuningan paling sesuai utk semua jenis kulit. Ia mampu menstabilkan warna alat solek & nampak sebati dgn kulit.


--Sapuan Sempurna--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sapu bedak asas sama ada dgn hujung jari atau pun span. Pastikan sapuan kemas & rata.

Jika inginkan sapuan yg nipis tapi menggunakan bedak asas yg tebal, basahkan span dgn pelembap ataupun sedikit air.

Tebalkan sapuan bedak asas pada parut, lebam atau noda agar wajah nampak bersih & kemas.

Jika memakai penyamar noda (concealer), sapu selapis bedak asas agar warna keseluruhan seimbang.

Jangan lupa sapu bedak asas pada leher.

Sapu juga bedak asas pada mata bagi menutup sembab & juga lebam di sekitar mata.



Monday, August 3, 2009

Hikmah Dijadikan Sebagai Wanita

Islam sangat memuliakan darjat seorang wanita. Bertuahnya reisya dilahirkan sebagai seorang wanita...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Sebenarnya, kekuatan lelaki adalah disebabkan kasih sayang wanita. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Allah berfirman di dalam Surah An-Nisaa' ayat 34:

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allahtelah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menisahati mereka, dan pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar"

Jadi terbukti kaum lelaki memikul tanggungjawab yang besar sebagai suami dan pemimpin. Disebabkan lelakilah yang diiktiraf sebagai pemimpin, maka Allah melarang wanita Islam daripada berkahwin dengan lelaki Yahudi / Nasrani (tetapi lelaki Islam dibolehkan berkahwin dengan wanita dari golongan ahli kitab). Mungkin ayat ini bertujuan memelihara akidah wanita daripada mentaati suami yang berlainan pegangan.

Oleh sebab suami ialah pemimpin kepada isterinya yang wajib ditaati, therefore lelaki hendaklah mempunyai sifat-sifat kepimpinan atau mempelajari sifat-sifat tersebut. Hal ini penting untuk kesejahteraan dan terpeliharanya iman dan akidah keluarganya.

Akhir sekali, Allah berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 23,

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin jika mereka memilih kufur atas iman, dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin, maka merekalah orang yang zalim. "

Wallahu'alam. Pesanan kepada para suami, jadilah suami yang soleh, menjaga akidahnya dan menyuruh anak dan isteri menjaga akidah mereka kerana keluargamu ialah tanggungjawab dan amanahmu yang paling besar :)


Tuesday, July 28, 2009

Rahsia Perempuan


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!


28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.