Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Tips Atau Petua Untuk Mendapatkan Zuriat

Amalan

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi - utk si suami
2. Buat senaman batin setiap kali bangun dari tidur waktu pagi - utk lelaki
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria
5. Surah AlWaqiah selepas subuh
6. Seleepas maghrib amalkan Surah AlMulk (kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baru lahir.

Diet Pemakanan

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
2. Buah Delima
3. Buah Zaitun
4. Buah Kurma
5. Jauhkan /pantang makan benda² masam, nanas, minuman berkarbonat, pendek kata benda yang berasid la.. ambil seafood, am supplements, salah satunya spirulina amik secara tetap , makan sayur & buahan.
6. Jangan minum ais dan minum air kelapa

Cara Senaman Batin

1. Duduk bersila badan tegak
2. Selepad itu luruskan kaki kanan ke depan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam² (perlahan²)
4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
6. Buat 3x/7x setiap kali selepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)

Ubatan

khasiat lain, antaranya
-memulihkan serta mencergaskan kaum wanita selepas bersalin
-melegakan sakit haid
-merawat kedinginan seks
-memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan lebih berseri & cerah
-mengurangkan gangguan putus haids
2. Bioseed & Pati Gamat Plus Vitamin (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=2423613&posted=1#post2423613) - BIO H keluaran Gamat Emas iaitu sejenis minuman (serbuk dan perlu dibancuh dengan air) yang berupaya merembeskan semula hormon HGH yang menyumbangkan kepada kesuburan hormon

Petua mendapatkan anak perempuan @ lelaki

Disini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga….Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang..

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama

1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
4. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormonsuami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makanan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, sosperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.



Thursday, November 5, 2009

Tips Keluarga Bahagia

Mengapa sukar bahagia? Kadangkala kita seringkali bertanya di manakah kebahagiaan itu atau mungkin juga kita memikirkan mengapa kebahagiaan itu sukar hadir dalam istana yang kita bina bersama pasangan atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjauh.

Sebenarnya jawapan kepada kesemua persoalan itu ada di dalam diri kita sendiri. Yang menjadi musuh kita selama ini adalah sikap. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk berubah. Bermulalah dengan mendefinisikan syurga rumahtangga anda sendiri.

Hakikat yang mesti diterima adalah syurga orang lain tidak mungkin sama dengan apa yang ingin dibina oleh kita. Ayat yang lebih mudah, kebahagiaan dalam kamus kita mungkin berbeza dengan kamus kebahagiaan orang lain. Merasa bahagia itu terlalu subjektif untuk dihuraikan. Jadi, ciptakan kebahagiaan itu sekarang sebelum kita kehilangannya.

Ada beberapa perkara yang kita anggap remeh namun ianya amat berkesan dalam membina perhubungan berumahtangga antara kita dan pasangan. Ianya termasuklah mengelipkan mata pada pasangan sesekali, memilih lagu yang boleh dinyanyikan bersama sewaktu memandu atau ketika beristirehat di rumah pada hujung minggu dan hari cuti atau setidak-tidaknya suami menyediakan sarapan untuk isteri dan anak-anaknya.

Tanya lah diri adakah kita mempraktikkan kesemua perkara di atas. Mungkin dalam 50, hanya seorang yang berbuat demikian atau tiada langsung.

Tiada salahnya memulakan setiap hari baru dengan kucupan mesra untuk pasangan. Ini bukan sahaja membuatkan pasangan merasa dihargai dan disayangi malah memcambahkan lagi benih-benih cinta dan menyemarakkan kasih sayang dalam ‘istana’ yang dibina.

Pernahkah kita bertanya ‘sesekali’ kepada pasangan, “Apakah yang saya boleh buat untuk membuatkan awak merasa bahagia?” Pernahkah kita bertanya begitu? Tepuk dada tanyalah selera!

Tidak sukar sebenarnya untuk mencipta bahagia. Jika orang lain boleh bahagia dengan cara mereka, kita juga punya cara untuk mencipta bahagia di dalam ‘syurga impian’ kita menurut kepada acuan kita sendiri.

Tidak sukar sebenarnya! Berubahlah sedikit demi sedikit. Paling utama selalulah berdoa kepada Allah untuk pasangan dan anak-anak. Mohonlah untuk kekalkan keharmonian dalam kehidupan berumahtangga. Bukankah Allah berfirman, antara lain maksudnya : “ Mohonlah kepada Aku nescaya Aku akan kabulkan.


Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga

  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
  2. Penghayatan agama yang berterusan.
  3. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
  4. Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
  5. Komunikasi yang cemerlang.
  6. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
  7. Suasana rumahtangga yang selesa.

Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang

  1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah
  2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
  3. Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
  4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
  5. Makan malam bersama.
  6. Beribadah secara berjemaah.
  7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.
Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan
Kasih Sayang Berkekalan

  1. Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
  2. Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
  3. tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
  4. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
  5. Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
  6. Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
  7. Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
  8. Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
  9. Memahami kepentingan hubungan seks.
  10. Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.

Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri

  1. Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
  2. Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
  3. Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
  4. Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
  5. Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
  6. Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.
  7. Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
  8. Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
  9. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
  10. Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.

sumber : rumahkusyurgaku.melaka.gov.my

Tuesday, September 8, 2009

Berjemaah eratkan hubungan suami isteri


Assalamualaikum W.B.T

Rasanya dah lama reisya tak update blog ni.. maklum la.. bz yang teramat sangat.. Alhamdulillah, hari ni dapat la reisya post kan artikel terbaru untuk tatapan semua.. Kali ni reisya nak memberitahu serba sedikit tentang hikmah sembahyang berjemaah terutamanya bagi pasangan suami dan isteri..

Sesetengah pasangan suami isteri kurang mengerti mengenai adab dan aturan berumah tangga. Disebabkan kejahilan itu, hubungan yang terjalin mudah menjadi longgar, pudar dan tidak bermaya.

Justeru, Islam menggariskan adab tersendiri bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa segar dan tidak mudah goyah. Berikut, antara adab yang digariskan sebagaimana dijelaskan cerdik pandai Islam:

Bersikap lemah lembut, terutama suami terhadap isteri. Jangan sekali-kali berlaku kasar terhadap isteri. Ini kerana Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 19, bermaksud: “Dan pergaulilah isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.”
Pada kali pertama bersua, iaitu pada malam pertama, suami dianjurkan memegang isteri pada ubun-ubunnya.Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan seksual.

Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara yang disuruh, selagi suruhan dan nasihat itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Banyak melakukan aktiviti secara berjemaah seperti makan bersama, membaca al-Quran bersama, menunjuk ajar anak-anak dan mandi bersama.

Setiap pasangan suami isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas, bukannya kusut masai dan dalam keadaan tidak terurus.

Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerana Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah pada hari kiamat nanti iaitu seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya, kemudian disiarkan rahsianya itu kepada orang lain. (Hadis riwayat Muslim)

Setiap suami dan isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain. Nabi s.a.w tidak pernah melihat aurat isterinya.

Ketika berjimak, suami tidak digalakkan melakukan ‘azal (memancutkan air mani di luar faraj isteri) kerana ia akan memutuskan kenikmatan.

Suami diwajibkan menyara isteri dan membelikan pakaian untuknya.

Suami dilarang meninggalkan daripada bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walaupun ketika nusyuz.

Suami dilarang memalukan isteri, menjauhi isteri dan memukul isteri pada bahagian muka. Ini kerana ada hadis bermaksud: “Seorang sahabat telah bertanya kepada nabi mengenai hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi s.a.w menjelaskan: Engkau memberinya makan apabila engkau makan dan memberikannya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali di dalam rumah sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)

Suami dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri ketika isteri dalam keadaan haid. Sebaik saja isteri suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.

Sekiranya suami itu berpoligami, hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.

Thursday, August 6, 2009

Tutup TV Ketika Anak Ulangkaji Pelajaran

Ibubapa sering mengharapkan anak² memperoleh kesenangan hidup apabila dewasa kelak. Namun, proses pembentukan kejayaan anak bukan hanya berlaku ketika anak sudah remaja, sebaliknya ia bermula sejak anak masih kecil.

Kejayaan juga tidak akan datang bergolek tanpa kerangka dan acuan yang betul.Kerangka atau acuan berkenaan ditandai didikan, cara disiplin selain memastikan segala keperluan anak diusahakan dengan jayanya.

Untuk permulaan, asas yang menjadi kepada acuan itu adalah perkara pokok yang perlu disediakan sebelum melihat potensi anak terus berkembang seiring dengan faktor usia dan persekitaran.

Renung fakta berikut sama ada anda sudah melengkapkan diri untuk memenuhi semua aspirasi yang diharapkan itu.


  • Untuk anak belajar, sediakan kerusi meja secukupnya mengikut jumlah anak. Gunakan meja makan jika anak ramai. Bagi yang tidak mempunyai kerusi atau meja, berkumpul di satu sudut sesuai serta mempunyai cahaya mencukupi.


  • Jika tiada kerja sekolah, pastikan anak-anak mengulang kaji pelajaran atau lakukan latih tubi daripada buku latihan atau akhbar.

  • Biar ibu bapa banyak mulut, supaya anak merasa ibu bapa mereka serius dalam memberi penekanan pada pelajaran.

  • Duduk dengan anak-anak sambil melihat serta mengambil tahu kerja sekolah mereka sebaiknya. Jika ibu bapa berilmu dalam bidang tertentu, bantu anak menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

  • Jangan lupa bacakan doa dan surah al-Fatihah untuk setiap anak. Usapkan kepala dan badan mereka. Sentuhan akan merangsang penumpuan anak terhadap pelajaran.

  • Sebelum mengulang kaji, biasakan mereka membaca doa penerang hati dan surah pendek. Mudah-mudahan ia membantu mereka memahami pelajaran.

  • Tutup televisyen ketika mengulang kaji. Ahli keluarga mesti bersatu hati mengelakkan budaya lepak di depan televisyen di saat anak mengulang kaji.

  • Sediakan jadual ulang kaji pelajaran untuk anak. Seimbangkan mata pelajaran yang berat dan ringan supaya anak tidak berasa tertekan ketika mengulangkaji pelajaran.

  • Jika anak tidak mahu membaca buku, bacakan kepada anak. Anda kena tekun membacakan buku kepada mereka supaya anak jatuh cinta pada pelajarannya.

  • Jika tidak mampu mengajar anak, perlu cari alternatif seperti tuisyen. Ibu bapa juga boleh meminta bantuan guru untuk memberi lebih penerangan. Ia secara tidak langsung merapatkan hubungan ibu bapa dan guru.

  • Membacakan untuk anak dan bertanyakan apa yang tidak mereka fahami ternyata sesuatu yang menarik jika anda memahami kehendak serta perkembangan jiwa mereka.