Thursday, August 6, 2009

Tutup TV Ketika Anak Ulangkaji Pelajaran

Ibubapa sering mengharapkan anak² memperoleh kesenangan hidup apabila dewasa kelak. Namun, proses pembentukan kejayaan anak bukan hanya berlaku ketika anak sudah remaja, sebaliknya ia bermula sejak anak masih kecil.

Kejayaan juga tidak akan datang bergolek tanpa kerangka dan acuan yang betul.Kerangka atau acuan berkenaan ditandai didikan, cara disiplin selain memastikan segala keperluan anak diusahakan dengan jayanya.

Untuk permulaan, asas yang menjadi kepada acuan itu adalah perkara pokok yang perlu disediakan sebelum melihat potensi anak terus berkembang seiring dengan faktor usia dan persekitaran.

Renung fakta berikut sama ada anda sudah melengkapkan diri untuk memenuhi semua aspirasi yang diharapkan itu.


  • Untuk anak belajar, sediakan kerusi meja secukupnya mengikut jumlah anak. Gunakan meja makan jika anak ramai. Bagi yang tidak mempunyai kerusi atau meja, berkumpul di satu sudut sesuai serta mempunyai cahaya mencukupi.


  • Jika tiada kerja sekolah, pastikan anak-anak mengulang kaji pelajaran atau lakukan latih tubi daripada buku latihan atau akhbar.

  • Biar ibu bapa banyak mulut, supaya anak merasa ibu bapa mereka serius dalam memberi penekanan pada pelajaran.

  • Duduk dengan anak-anak sambil melihat serta mengambil tahu kerja sekolah mereka sebaiknya. Jika ibu bapa berilmu dalam bidang tertentu, bantu anak menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

  • Jangan lupa bacakan doa dan surah al-Fatihah untuk setiap anak. Usapkan kepala dan badan mereka. Sentuhan akan merangsang penumpuan anak terhadap pelajaran.

  • Sebelum mengulang kaji, biasakan mereka membaca doa penerang hati dan surah pendek. Mudah-mudahan ia membantu mereka memahami pelajaran.

  • Tutup televisyen ketika mengulang kaji. Ahli keluarga mesti bersatu hati mengelakkan budaya lepak di depan televisyen di saat anak mengulang kaji.

  • Sediakan jadual ulang kaji pelajaran untuk anak. Seimbangkan mata pelajaran yang berat dan ringan supaya anak tidak berasa tertekan ketika mengulangkaji pelajaran.

  • Jika anak tidak mahu membaca buku, bacakan kepada anak. Anda kena tekun membacakan buku kepada mereka supaya anak jatuh cinta pada pelajarannya.

  • Jika tidak mampu mengajar anak, perlu cari alternatif seperti tuisyen. Ibu bapa juga boleh meminta bantuan guru untuk memberi lebih penerangan. Ia secara tidak langsung merapatkan hubungan ibu bapa dan guru.

  • Membacakan untuk anak dan bertanyakan apa yang tidak mereka fahami ternyata sesuatu yang menarik jika anda memahami kehendak serta perkembangan jiwa mereka.


  • No comments:

    Post a Comment